Kerabu Mangga Ikan Siakap Yang Sedap

Kerabu Mangga Ikan Siakap. Kali ini kayoomanis.com akan kongsikan resepi kerabu ikan siakap yang jarang pulak orang buat. Saya terjumpa kerabu ikan siakap pada satu majlis perkahwinan di tempat saya. Sedap tu.. dapat makan sikit aje. Cara buatnya mudah sangat. Bahan untuk kerabu nya pun amat senang. Kalau minat boleh dicuba.

Kalau nak guna ikan lain pun boleh, tapi ikan besar yang sesuai buat kerabu mangga, contohnya ikan merah. Sebab nak hias pun cantik. Makan ramai-ramai pun cukup. Kalau dah kena kerabu mangga dengan rasa masam dan campuran cili padi dalam bahannya, memang tak berhenti makan macam ni..

Kerabu Mangga Ikan Siakap
Kerabu ikan siakap dengan mangga - Google

Resepi Kerabu Mangga Ikan Siakap


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
Sedikit tepung gandum
Minyak masak
Garam

Bahan kerabu:

500 gram mangga muda - racik halus
200 gram bawang merah - hiris
50 gram cili padi - potong kecil
200 gram cili sos Thai

Cara buat Kerabu Mangga Ikan Siakap


Kerabu Mangga Ikan Merah
Kerabu ikan merah pun boleh juga

1. Ikan siakap dipotong lebar (butterfly) dan letak garam secukup rasa

2. Lumurkan ikan dengan tepung gandum, kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Satukan semua bahan kerabu dan gaul sebati.

4. Tuang dan hiaskan kerabu yang telah dihasilkan di atas ikan. Siap untuk dinikmati.

Hanya beberapa langkah dah dapat buat resepi yang sedap dan agak jarang orang buat. Resepi kerabu mangga ikan siakap nih biasanya buat kat meja makan beradab majlis perkahwinan. Sebab ikan besar, nampak cantik bila dihias di atasnya dengan kerabu.

Selamat mencuba.
Kerabu Mangga Ikan Siakap Yang Sedap Kerabu Mangga Ikan Siakap Yang Sedap Reviewed by aynora nur on Februari 27, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.