Rendang Kerang Ala Kampung Yang Sedap

Rendang Kerang Ala Kampung. Jom tengok resepi rendang kerang yang sangat simple dan sedap ni. Kerang antara seafood yang murah harganya dan mudah nak dapat. Sekarang ni lagi senang, orang dah buat innovasi ternak kerang. So, beli kerang yang diternak ni bersih je kulit dia.. nak lagi mudah beli kerang yang dah siap dikopek kulit atau cengkerangnya. Terus masak je sampai rumah.. hihi

Apakah khasiat kerang? Oh.. kerang ni banyak protein tauu. Kalau anda ada alahan jangan makan kerang, takut gatal-gatal seluruh badan. Berbalik kepada khasiat kerang.. cuba tengok apa saya dapat dari carian di Google..
Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi ni berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.

Resepi Rendang Kerang Ala Kampung


Rendang Kerang Ala Kampung Yang Sedap

Bahan-bahan;

500 gram isi kerang
10 biji bawang merah - dikisar
7 ulas bawang putih - dikisar
5 batang serai - dikisar
50 gram cili kering - dikisar
5 cm halia - dikisar
30 gram kerisek
40 gram santan
2 helai daun kunyit - dihiris

Cara Buat Rendang Kerang Ala Kampung Yang Sedap


1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sampai garing

2. Masukkan kerang dan kacau sampai rata

3. Akhir sekali masukkan santan, kerisek, daun kunyit dan perasa secukupnya.

Rendang Kerang Ala Kampung Yang Sedap
Siap dah. Simple je buat rendang kerang ala kampung. Dengan 3 langkah, campak-campak dan siap. Boleh dihidangkan dengan lontong, nasi putih panas atau dimakan dengan roti. Ikut citarasa tekak masing-masing. Selamat mencuba.
Rendang Kerang Ala Kampung Yang Sedap Rendang Kerang Ala Kampung Yang Sedap Reviewed by aynora nur on Februari 24, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.