Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kurang Pedas - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 8 Februari 2018

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kurang Pedas

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kurang Pedas. Apa khabar anda hari ini yang berkunjung ke blog #kayoomanis? Ada resepi yang anda cari dan jumpa? Dah cuba? Jadi tak? Haaah.. banyak tanya pulak, kan? Saya nak collect feedback dari anda semua. Ada kah resepi yang kami kongsi kan mudah dan sedap? Kalau tak menjadi resepi yang dicuba tu.. meh lah tinggalkan kat komen. Saya akan cuba cari penyelesaian kepada resepi yang tak menjadi tu.. hihi

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kurang Pedas

Baiklah.

Resepi ayam masak lemak cili padi @ cili api saya kali ni so ringkas, kurang pedas dan sesuai untuk budak-budak. Dan saya sengaja letak kentang untuk tambah keenakan masak lemak cili api saya.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kurang Pedas


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil (senang budak-budak nak makan)
5 tangkai cili padi - kisar
1 tangkai cili hidup - kisar
1 inci halia - kisar
2 batang serai - diketuk
1 inci kunyit hidup @ 2 sudu teh serbuk kunyit - kisar
1 kotak santan
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
Daun kunyit - jika suka

Cara menyediakan Ayam Masak Lemak Cili Api Kurang Pedas


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kurang Pedas


1. Tumbuk semua bahan di atas atau kisarkan. Panaskan minyak. Tumis bahan dikisar dengan serai hingga naik bau.

2. Masukkan ayam dan biar mendidih. Tambahkan air dan masak hingga ayam empuk.

3. Masukkan santan dan kacau rata. Kecilkan api. Jangan sampai pecah minyak.

4. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.

5. Siatkan daun kunyit dan tabur atas ayam masak lemak cili api anda.

Selamat mencuba. Tengok berapa tangkai je cili padi yang dimasukkan. Supaya budak-budak kecil boleh makan lauk yang kita masak. Kalau ahli keluarga yang lain nak lebih pedas, campakkan aje cili padi sebiji-sebiji.. nak makan ambil je. Bila cili padi tak dipecah atau diketuk, ia tidak menganggu rasa masakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan