Resepi Pengat Pisang Kesukaan Ramai - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Jumaat, 9 Februari 2018

Resepi Pengat Pisang Kesukaan Ramai

Resepi Pengat Pisang Kesukaan Ramai. Memang rare resepi yang saya kongsi, sebab jarang jumpa dah sekarang ni. Kalau nak makan saya akan buat sendiri bila tiba bulan Ramadhan. Baru ada ngam makan pengat pisang semasa berbuka. Resepi yang menggamit memori. Pengat ni lebih kurang sama maksud dengan bubur.

Pengat pisang memang mudah disediakan, hanya dengan beberapa langkah aje dah siap. Untuk anak remaja yang nak belajar buat dessert, buat pengat pisang dulu. Pasti menjadi.. hihi

Info pisang;

Pisang bagus untuk merawat sembelit. Pisang juga mengandungi khasiat dalam diet harian anda. Boleh juga buat smoothies pisang dicampur dengan buah avocado. Memang sedap.

Resepi Pengat Pisang Kesukaan Ramai

Resepi Pengat Pisang Kesukaan Ramai


Bahan-bahan:

5 biji pisang
500 ml santan @ 1 kotak kecil santan
100 gram sagu biji
200 ml gula merah
100 gram gula putih
Secubit garam
2 helai daun pandan
300 ml air

Cara menyediakan Pengat Pisang Kesukaan Ramai


Resepi Pengat Pisang Kesukaan Ramai

1. Rendamkan sagu biji bersama air sehingga kembang

2. Didihkan air dan masukkan sagu biji yang telah kembang bersama daun pandan sehingga sagu biji kembang berkilat

3. Masukkan gula merah, gula putih dan santan serta secubit garam

4. Akhir sekali, masukkan pisang. Sebatikan rasa. Sedia dihidangkan.

Sedikit info tambahan tentang pisang. Cara terbaik untuk menjaga pisang tetap segar selama mungkin adalah dengan membelinya dalam keadaan masih sedikit hijau. Lalu biarkan pisang pada suhu ruang bilik hingga waktu dimakan.

Jangan simpan pisang di dalam beg kertas atau tempat tertutup. Ini hanya akan membuatnya jadi makin cepat busuk. So, simpan di luar ya.. jangan simpan dalam peti ais pulak..

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan