Resepi Ikan Selar Kuning Masak Singgang - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 28 Februari 2018

Resepi Ikan Selar Kuning Masak Singgang

Resepi Ikan Selar Kuning Masak Singgang. Ada yang panggil masak singgang dan ada yang panggil masak pindang. Kalau bagi saya, kedua-duanya sama saja. Macam masak rebus tanpa minyak. Tetapi ada juga orang yang masak singgang guna minyak untuk menumis seketika bahan-bahan rencahnya. Terpulang.. kedua-dua cara boleh digunakan. Tapi bagi wanita dalam pantang, lebih baik jangan tumis dengan minyak.

Saya pun ada pengalaman waktu pantang dan ada sesetengah makanan yang tidak boleh diambil pada waktu itu. Seingat saya, menu pantang saya kebanyakannya panggang dan rebus. Lepas habis pantang, badan terus slim dan yang bestnya kulit jadi mulus dan putih. Haha.. sebab tak kena matahari.. 😎😎😎

Resepi Ikan Selar Kuning Masak Singgang
Sumber gambar dari Zalina Rempah Ratus

Ada juga lauk singgang dicampur dengan tomato, tetapi bagi saya .. rasa asam keping sudah mencukupi untuk rasa masam.

Resepi Ikan Selar Kuning Masak Singgang


Bahan-bahan:

5 ekor ikan selar kuning
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2  batang serai - diketuk
garam secukupnya
serbuk kunyit/ 1 inci kunyit hidup
5 keping asam keping
Cili merah - di belah dua
3 biji cili api
air secukupnya

Cara menyediakan ikan selar kuning masak singgang 


1) Tumbuk semua bawang, halia dan lengkuas., .serai di ketuk sikit..

2) Sediakan air dalam periuk. Masak hingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk itu, letak sedikit serbuk kunyit dan garam.

3) Tunggu sehingga air mendidih lagi, kemudian masukkan asam keping, cili api dan ikan..

4) Bila ikan sudah agak masak, Tunggu hingga ikan dan kuah lauk dah menggelegak, tutupkan api.

Ikan selar kuning masak singgang sedap dimakan dengan nasi putih, dihirup kuahnya pun sedap.  Bagus juga untuk wanita yang sedang berpantang.

Resepi ikan selar kuning masak singgang atau pindang ini sedap dimasak ketika musim panas untuk lauk yang segar dan menyihatkan.

Kalau nak lagi sedap, masukkan sehelai daun kunyit yang dikoyak kasar sebagai penaik bau kuah singgang tu, sedapnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan