Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap. Sebelum cerita pasal ikan siakap tiga rasa, saya nak cerita lah sikit tentang hal shopping petang tadi di salah satu Aeon Co di Johor. Hari minggu.. ramainya orang. Kata ekonomi kurang bagus tapi parking kat shopping complex tersebut penuh ya amat.. macam dia orang tak nak keluar dari situ. Silap saya juga pergi Jusco @ Aeon pada hari minggu. Kalau tak kita orang tak nak pun keluar tetapi kerana ada appointment dengan client, maka pergi jugak. Semua kedai penuh terutamanya Aeon la.. nak bayar kat kaunter tunggu 1 jam okay..

Tak apa.. benda dah lepas.

Yang saya nak share kat bawah nanti adalah resepi siakap 3 rasa paling sedap. Saya tambah nenas yang dipotong dadu dalam resepi ini nanti. Kalau tak nak letak pun tak apa. Yang penting ikan siakap 3 rasa antara menu kegemaran kita orang sekeluarga.

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap


Bahan-bahan;

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar
Minyak - untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:

4 ulas bawang putih - racik halus
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - diracik halus

Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan 

Bahan bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
1/2 biji nenas - potong dadu
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara menyediakan ikan siakap tiga rasa paling sedap


1. Bersihkan ikan siakap dan belah di tengah. Kembangkan dia.. dan lumur garam kunyit

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap

2. Lumur ikan siakap dengan tepung jagung yang telah gaul dengan tepung gandum. Supaya ikan siakap yang nak digoreng tu rangup ya.., goreng ikan siakap hingga garing dan ketepikan. Note: Pastikan goreng dengan minyak terendam ya..

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap

3. Saya masukkan potongan buah nenas dalam resepi siakap 3 rasa ni ya.

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap

4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.

Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan (saya tak letak sebab tak daa) serta daun limau purut. Kacau sebentar.

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap

5. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan perisa secukup rasa.


6. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap

Ikan siakap tiga rasa yang sedap telah siap dan boleh dihidangkan dengan nasi putih. Nampak tak tu.. sedap sangat tau.. kemudian ratah tulang dia bila dah last sekali.. rasa masam, manis, semua ada. Nak mencuba? Share je resepi ni..

Selamat mencuba.

Terima kasih kerana membaca Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap

Postingan terkait:

4 Komen untuk "Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa Paling Sedap"

  1. aku lebih suka kalau ikan kerapu dibuat tiga rasa.. Ikan siakap buat masak stim lagi syokkk... yummmehhhh.... tapi kalau hidang siakap 3 rasa... bedal jerrrr... hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka dua2.. masak apa pun sedap tu..

      Delete
  2. Sedap ni. Biasa makan kat kedai je sebab tak sure nak buat kiah dia macam mana. Goreng siakap pun biasa hangit. Semoga dapat resipi ni boleh buat favorite food ni.

    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhaha.. kita sama2 belajar buat siakap 3 rasa ni.. pada mulanya mmg tak pass pun, lama2 pasti menjadi. Selamat mencuba..

      Delete