Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan

Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan. Kuih talam cendol memang sedap bagi sesiapa yang menyukainya. Buat lebih santan pekat, akan naikkan rasa berlemak manis kuih talam cendol anda. Kalau tak tahu nak buat cendol tu, beli yang dah siap. Mudah, kan? Sebelum ini ada juga saya kongsikan resepi kuih talam tapi versi kuih talam keladi. Sedap juga dan mudah..

Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan

Tahukah anda ada terdapat lebih kurang 40 jenis kuih talam yang boleh dipelajari. Antara jenis kuih talam moden hari ini ialah talam mentega kacang, talam cendol, talam skoteng, talam Tokyo dan banyak lagi.

Kalau dulu emak nenek kita tak guna pun sukatan tetap nak buat kuih talam, tapi kini digalakkan guna sukatan tetap untuk kekalkan rasa dan kesedapan kuih talam.

Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan


Bahan-bahan:

Bahan-bahan A :

200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 sudu makan tepung jagung*
150 gm gula kastor
1 sudu teh garam

Bahan B :

200 gm cendol

Cara-cara penyediaan:


1. Satukan bahan-bahan yang bertanda * dan tapis ke dalam periuk. Masukkan bahan lain di dalam A.

2. Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu untuk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung di senduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).

3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata.

4. Masukkan ke dalam loyang 10" X 10" X 2" yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.

5. Kukus selama 25 minit.

6. Selepas masak, cakar-cakar permukaannya dengan garfu

Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan

LAPISAN ATAS UNTUK TEPUNG TALAM CENDOL


Bahan-bahan A :

300 gm gula merah/ gula Melaka
50 gm gula kastor
500 ml air

Bahan-bahan B :

150 gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna sehingga 5 biji telur kalau nak banyak)
250 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam

Cara-cara penyediaan:


1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.

2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis masuk ke dalam periuk.

4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).

5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan

Siap dah kuih talam cendol sedap, lembut dan lemak sukatan cawan yang saya kongsi dari blog puan Naz. Resepinya nampak macam banyak tapi sebenarnya proses menambah jadi 2 lapisan kuih talam cendol yang nampaknya macam komplikated sikit. Betul tak?

Jangan risau, cara buat kuih talam cendol sama macam dengan buat kuih lapis warna warni tu.

Selamat mencuba.

Terima kasih kerana membaca Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan"

Post a Comment