Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Sagu Mata Ikan

Resepi Kuih Sagu Mata Ikan. Kami di #kisahresepi sekali lagi nak kongsikan satu resepi tradisional kuih muih melayu yang tidak pernah dipinggirkan. Iaitu.. kuih sagu mata ikan. Kalau di JB ni, setiap pagi kita boleh jumpa kuih ni, orang jual dimana-mana.. so, kiranya tak susah nak cari kuih sagu mata ikan ni..

Kuih sagu mata ikan biasanya berwarna merah, untuk menaikkan seri warnanya yang diselikan dengan putih jernih warna sagu tersebut. Kemudian tambahkan sikit esen vanila, sedap bau dan rasanya. Kalau suka makan kuih sagu mata ikan, baik belajar buat sendiri. Kosnya pun murah dik...

Resepi Kuih Sagu Mata Ikan
Kuih sagu mata ikan menawan hati

Resepi Kuih Sagu Mata Ikan  


Bahan-bahan:

3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa parut putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)

Cara-cara membuat kuih sagu mata ikan


1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.

2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.

3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.
(jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak hilang putih-putih biji sagu tu).

4. Kacau sehingga pekat.

5. Bila dah likat sikit..., masukkan ke dalam bekas/loyang.

Resepi Kuih Sagu Mata Ikan
Kuih sagu mata ikan segitiga

6. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama jugak masa yang diambil. so bersabar bebanyak .

7. Sejukkan sagu di luar.

8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa dan gaulkan bersama-sama kelapa parut putih.

9. Siap untuk dihidangkan

Selamat mencuba resepi kuih sagu mata ikan yang digemari ramai ini. Kalau orang tua yang dah tak kuat giginya, bagus makan kuih sagu mata ikan ni. Teksturnya lembut sangat.. warnanya pun cantik..

Selamat berjaya!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close