Khasiat Halia Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Halia Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu. Halia atau ginger dalam bahasa inggeris banyak khasiatnya hinggakan saya menjadikan halia sebagai satu bahan asas masakan yang mesti ada di dapur. Tanpa halia macam tak lengkap sesetengah menu lauk pauk yang dihasilkan. Apa juga menu atau resepinya.. saya pasti saya akan gandingkan dengan sedikit halia.

Dalam air pun boleh letak halia. Halia campur lemon dah boleh buat air detox. Sedap dan segar.

Khasiat Halia Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu

Rasa halia yang pedas dan pijar menyebabkan ia sesuai dijadikan ulam bagi yang sukakannya. Biasanya halia muda..

Khasiat Halia Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu


Antara khasiat halia dalam masakan yang ramai tak tahu adalah seperti berikut:


1. Hilangkan bau hanyir masakan terutamanya yang berasaskan daging dan ikan


Kebanyakan masakan Melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan , juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir.

2. Melawaskan pembuangan angin dalam badan


Cerita buang angin dalam badan, memang halia yang jadi bahan utamanya. Meletakkan halia dalam masakan adalah salah satu cara mudah buang angin dari dalam badan.

Bagi ibu yang mengandung , loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci halia, sebatang serai, 2 hingga 3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan kedalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam.

3. Menyegarkan rasa masakan


Halia memang menyegarkan rasa makanan. Kalau nak masak rebus sayur bayam atau sawi hijau, campurkan 1 inci halia yang dihiris dapat mewangikan rasa sayur tersebut. Rasanya amat berbeza jika anda merebus sayur tanpa halia.

4. Menyedapkan masakan seluruhnya


Keseluruhan rasa masakan akan jadi sedap bila dicampurkan dengan sepotong halia. Ia boleh menyeimbangkan atau balance dengan kandungan bahan lain dalam masakan. Anda boleh campurkan halia dalam apa jua jenis masakan, bubur, mengoreng ikan atau ayam dan banyak lagi.

Saya berharap dengan perkongsian di atas menambahkan sedap masakan anda dan seterusnya menyihatkan tubuh badan. Halia juga adalah menu utama dalam masakan untuk wanita yang dalam berpantang.

Selamat mencuba letakkan halia dalam masakan anda.
Khasiat Halia Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu Khasiat Halia Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu Reviewed by aynora nur on Februari 10, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.