Resepi Popiah Goreng Rangup Inti Sayur Campur Dan Telur Hancur

Resepi Popiah Goreng Rangup Inti Sayur Campur Dan Telur Hancur. Popiah goreng antara menu kegemaran waktu sarapan kami. Popiah tu mesti saya kena buat sendiri, tak mahu yang beli. Nak tak nak saya akan buat banyak-banyak pada waktu malam dan simpan di freezer untuk di goreng keesokan paginya. Mungkin cara saya buat popiah yang agak berbeza sedikit dari orang lain yang membuatkan family terbiasa dengan popiah goreng cara saya. Iaitu popiah goreng inti sayur dengan telur hancur.

Info popiah goreng:

Popiah goreng ada banyak versi intinya. Ada yang letak sayur campur semata-mata. Ada yang masukkan udang di dalamnya. Ada juga yang letak ikan bilis atau udang kering. Macam kawan saya ada yang buat popiah goreng seafood. Macam-macam ada. So, tak salah anda mencuba, yang penting hasilnya sedap dan diterima oleh tekak seisi keluarga.. 💓💓💓

Resepi Popiah Goreng Rangup Inti Sayur Campur Dan Telur Hancur
Gambar hiasan

Ada yang tanya macam mana cara nak elak popiah goreng jadi berminyak. Kebanyakan orang jual popiah goreng penuh dengan minyak. Lagi-lagi bila dah sejuk, tak jadi nak makan.

Cuba toskan popiah goreng ketika angkat dari kuali. Atau anda boleh cuba goreng popiah dengan minyak yang penuh. Insyaa Allah, popiah goreng anda tak serap minyak.

Resepi Popiah Goreng Rangup Inti Sayur Campur Dan Telur Hancur


Resepi Popiah Goreng Rangup Inti Sayur Campur Dan Telur Hancur

Bahan-bahan:

1 bungkus Kulit popia ~ secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 biji telur - dipukul sekejap untuk jadi gam kulit popiah nanti

Bahan untuk inti:

2 cawan taugeh
1 batang carrot ~ disagat/ potong halus
1 bungkus sayur campur (kacang peas, lobak, jagung)
1 labu bawang besar ~ dikisar
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih ~ dikisar 
2 biji telur
Segenggam ikan bilis - dikisar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara menyediakan popiah goreng inti sayur dengan telur hancur


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.

2. Masukkan carrot, kacau rata.

3. Masukkan sayur campur, garam dan gula. Kacau rata.

4. Pecahkan telur dan gaul rata biar sebati. Last sekali baru masukkan taugeh.

5. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.

5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan telur tadi.

6. Gorengkan dalam minyak yang banyak dan sederhana panas.

7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak.

Popiah goreng sedap dimakan dengan sos cili, yang pedas dan manis. Kalau rajin sikit, anda boleh buat sos popiah goreng dengan cili kering yang dikisar dengan bawang putih. Tambahkan gula dan perisa. Ini pun kaw..

Selamat mencuba. Jangan tak cuba tau, sedap dan rangup popiah goreng ni..

Terima kasih kerana membaca Resepi Popiah Goreng Rangup Inti Sayur Campur Dan Telur Hancur

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Popiah Goreng Rangup Inti Sayur Campur Dan Telur Hancur"

Post a Comment