Resepi Tomyam Seafood Sedap

Resepi Tomyam Seafood Sedap. Tomyam seafood memang menu pilihan saya bila makan di seafood restoran. Tomyam seafood mengandungi makanan laut pilihan anda, samada sotong, udang, ketam dan juga kupang. Kekadang saya hairan kenapa orang letak kupang dalam tomyam. Tapi bila dah makan, sedap pulak.

Tomyam seafood sedap tak perlu pakai minyak untuk menumis bawang dan bahan-bahannya. Dalam pes tomyam pun dah berminyak. Kalau tak suka masam dan pedas, anda boleh guna hanya sebahagian pes tomyam saja. Tapi bagi saya lagi banyak lagi bagus.

Resepi Tomyam Seafood Sedap
Kredit gambar - Secuit Rasa

Resepi Tomyam Seafood Sedap


Bahan-bahan:

1 bungkus kecil pes tomyam
1 mangkuk Sotong
1 mangkuk Udang
1 manglku Kupang
1 biji bawang holand - belah 8
1 mangkuk Kobis bunga - dipotong kecil
1 cawan lobak merah - potong bulat/ serong
3 batang serai - diketuk
1 tangkai daun limau purut
5 biji cili padi - belah tengah
2 biji tomato - belah 4
Daun sup
Garam dan gula, secukupnya.

Cara menyediakan tomyam seafood sedap dan simple


Resepi Tomyam Seafood Sedap

1. Rebus sotong, udang dan kupang. Udang direbus berasingan. Sebab udang manis. Takut rasa pes akan berubah.

2. Setelah air mendidih masukkan pes tomyam. Kacau rata. 

3. Masukkan bawang, serai, daun limau purut, lobak merah , kobis bunga dan cili padi.

4. Masukkan garam dan bahan perasa.

5. Akhir sekali masukkan tomato dan daun sup di tabur atas tomyam.

Resepi Tomyam Seafood Sedap

Tomyam seafood rasa segarnya bila dimakan dengan nasi putih panas. Lauk lain tak ada pun tak apa. Tomyam seafood ni pun dah lengkap dengan kuah, sayur dan lauknya.
Resepi Tomyam Seafood Sedap Resepi Tomyam Seafood Sedap Reviewed by aynora nur on Februari 05, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.