Apam Gula Merah Sedap Dan Simple - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 1 Mac 2018

Apam Gula Merah Sedap Dan Simple

Apam Gula Merah Sedap Dan Simple. Apam gula merah sebenarnya makanan yang dah biasa dimakan semasa kecil dulu tetapi ramai orang dah buat innovasi dengan memasaknya di dalam acuan comel. Kalau dulu-dulu emak kami akan gunakan loyang besar saiz normal yang kemudiannya dipotong segi empat untuk dibahagikan kepada anak yang ramai. Tak sempat nak masuk dalam acuan comel comel gitu.... hihi..

Resepi Apam Gula Merah Sedap Dan Simple



BAHAN-BAHAN:

Bahan A:
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan

Bahan B:
11gm yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 sudu teh gula halus

Bahan C :
4 cawan tepung gandum
secubit garam

Cara menyediakan apam gula merah


1. Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak hingga gula larut.

2. Tapis dan sejukkan.

3. Dalam bekas lain satukan bahan B dan kacau, biarkan lima minit atau hingga berbuih.

4. Seterusnya, satukan bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah disejukkan, kacau menggunakan whisk.

5. Setelah sebati, tutup dan perapkan selama 1 jam.

6. Sapukan acuan dengan minyak,kemudian tuangkan adunan dalam acuan.

7. Kukus selama 20 minit.

8. Angkat dan sejukkan.

Selamat mencuba resepi apam gula merah kesukaan kami sekeluarga sejak kecil lagi. Cara buat mudah dan kos pun merah. Kalau tak nak letak gula merah pun boleh.. cuma makan dengan kelapu parut. Sedappp...

Selamat mencuba ya😊😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan