Cara Buat Resepi Jejari Kentang Viral Yang Sangat Mudah

Cara Buat Resepi Jejari Kentang Viral Yang Sangat Mudah. Jejari kentang ni serupa macam buat popiah goreng tapi yang ni doh di uli kemudian goreng kentang tu. Jejari kentang viral, satu menu makanan baru bagi saya. Ya Allah, mudahnya nak buat. Bila semangat dah datang, bahan pula tak cukup korum. Daun sup tak ada stok.

Sementara bahan tak cukup, saya share dulu resepi dan simpan kat blog buat rujukan satu masa nanti bila diperlukan. Bagi anda yang dah ada bahan-bahan nak buat, boleh dicuba sekarang.

Cara Buat Resepi Jejari Kentang Viral Yang Sangat Mudah

Cara Buat Resepi Jejari Kentang Viral Yang Sangat Mudah

Ni buat masa berbuka puasa ramadan pun sodap ni, krup krap bunyi dia. Rangup tu sebab ada tepung jagung..

Resepi Jejari Kentang Viral 


Bahan-bahan:

3 biji Kentang
5 sudu tepung jagung
1 sudu tepung beras
Lada/ cili hijau, daun sederi - hiris halus
garam, perasa.. secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Buat Jejari Kentang Viral


1. Kentang di rebus atau kukus.. Kemudian  lenyekkan...

2. Gaul semua bahan.. masukkan cili, daun saderi, garam, perasa secukupnya

3. Uli sampai jadi doh. Biarkan seketika

4. Ratakan doh di atas papan pemotong atau dulang besar. Jangan nipis sangat. Ketebalan dalam 1/2 inci pun boleh. Rujuk gambar bawah.


5. Kemudian potong memanjang macam jejari

6. Goreng dalam minyak yang penuh hingga kekuningan

7. Jejari kentang siap dihidangkan. Buat sarapan pun sedap.

kredit: dapur pakdi
FB: Bawangkini

Nak makan jejari kentang viral dengan sos atau apa je cicah yang anda suka, pun boleh. Nak cicah sambal tumis pun boleh. Ikut suka. Kiranya dia macam popia tetapi yang ni versi kentang. Hehe..

Selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.