Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Kerang Masak Rendang Pedas

Cara Buat Kerang Masak Rendang Pedas. Resepi yang nak saya share pada kali ini adalah tentang cara nak masak rendang kerang. Kita akan buat pedas sikit agar dapat kena citarasa saya yang memang kuat pedas. Lagi satu, kerang masak rendang pedas ni saya dapatkan resepinya dari seorang kawan yang duduk kat Negeri Sembilan.

Rendang pedas kerang sama juga buatnya macam resepi ayam masak rendang cili padi. Cuma kali ni bahan utamanya adalah kerang.

Rendang kerang pedas tak susah nak buatnya. Kalau anda nak mudah dan cepat beli kerang yang sudah siap dibuang kulitnya. Kalau beli kerang mentah boleh aje, cuci kulit kerang dengan garam sebelum merebusnya. Kulit kerang cepat bersih dan kita senang nak masak rendang, tak risau dengan kotoran kulit kerang yang ada itu.

Cara Buat Kerang Masak Rendang Pedas

Resepi Kerang Masak Rendang Pedas


Bahan-bahannya:

1 kg. isi kerang rebus
500 gram santan pekat
350 gram kerisik
200 gram halia muda – dihiris
1 batang serai – dititik/diketuk
2 – 3 keping asam gelugor
2 – 3 helai daun limau purut – disiat
6 helai daun kunyit – dihiris halus
5 helai daun limau purut – dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Bahan Kisar Halus:

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 – 4 ruas kunyit hidup
2 inci halia tua
2 inci lengkuas
3 batang serai
3 senduk cili kering kisar
4 – 5 biji cili padi merah
Air secukup untuk mengisar

Cara menyediakan kerang masak rendang pedas


1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halia muda yang telah dihiris dan goreng sehingga kekuningan dan layu.

2. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehingga garing dan terbit minyak.
3. Tuangkan santan. Masukkan daun limau purut yang disiat dan serai yang dititik dan asam gelugor. 

4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan isi kerang. Setelah kuah rendang agak kering, masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati.

6. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan hirisan daun limau purut. Kacau lagi dan biarkan ia mereneh seketika di atas dapur.

7. Bila telah menepati citarasa dan setelah minyak timbul dipermukaan kuah rendang, bolehlah ditutup api. Sedap dimakan dengan nasi panas, dan dicicah dengan ketupat pulut, lemang, dan ketupat nasi.

Selamat mencuba. Resepi rendang kerang pedas ni adalah resepi istimewa yang saya dapatkan daripada seorang rakan yang memang setiap masa ibunya memang suka masak rendang.. so, sangat istimewa. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close