Antara kuih kegemaran anak-anak saya tentulah kuih donat yang gebu dan lembut. Rahsia resepi donat gebu dan lembut saya kongsikan dari resepi mak mertua saya yang sememangnya pandai memasak.
Jom ikuti langkah demi langkah yang mudah bagaimana nak buat donat yang lembut.
Resepi Kuih Donat Gebu Dan Mudah
![]() |
Gambar hiasan |
1 kg tepung gandum
3 biji kentang
1/2 tin susu pekat manis
1 paket mauripan/serbuk yis
2 sudu gula
sedikit garam
Air masak
Cara menyediakan donat lembut dan gebu
1. Rebus kentang hingga empuk. Lenyek hingga rata.
2. Campurkan tepung, susu dan kentang yang telah dilenyek tadi.
3. Masukkan gula dan mauripan yang telah direndam dengan air serta garam ke dalam adunan tepung tadi.
4. Gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.

5. Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit.
6. Buatkan bulatan kecil-kecil ikut ukuran yang disukai dan bulatkan ditengahnya menggunakan penutup botol dan sebagainya
7. Goreng dengan api kecil. Angkat donat jika warna bertukar keperangan.
6. Buatkan bulatan kecil-kecil ikut ukuran yang disukai dan bulatkan ditengahnya menggunakan penutup botol dan sebagainya
7. Goreng dengan api kecil. Angkat donat jika warna bertukar keperangan.
8. Tunggu 2 minit kemudian taburkan dengan gula halus.
9. Donut anda yang gebu siap untuk dimakan.
Selamat mencuba ya...Ini resepi daripada mother in law saya yang berpengalaman berniaga kantin selama 20 tahun ..hihi
Nota:
Doh lembut dan tidak lekat di tangan dikira ok, Pastikan doh jangan lembik sangat sebab nanti semasa menggoreng minyak menyerap dalam donut.

0 Comments