Resepi Sambal Tumis Udang

Resepi Sambal Tumis Udang. Masak sambal udang dengan sedikit campuran petai bukanlah resepi yang susah. Yang susahnya, nak dapatkan rasa sedap seimbang antara manis, pedas dan lemak rasa sambal udang tersebut. Tahukah anda, walau anda guna sambal kisar dari orang yang sama tetapi yang memasaknya orang berlainan, rasa sambal anda tetap berbeza. Kenapa ya?

Sebab... itulah penangan air tangan masing-masing. Ianya berbeza. Macam jugak mak kita masak takkan sama rasanya apa yang kita masak. Walaupun guna bahan kisar yang sama. Hihi ..

Resepi Sambal Tumis Udang 


Resepi Sambal Tumis Udang


Bahan-bahan:

1/2 kg udang - dibuang kulit
10 tangkai cili kering - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit belacan - digoreng
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit petai dibuang kulitnya


Cara menyediakan Resepi Sambal Tumis Udang


1. Goreng dahulu belacan. Kemudian masukkan  bahan tumisan yang telah dikisar tadi.

2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan udang dan akhir sekali masukkan petai. Masak seketika dan hidangkan.

Udang sambal dengan petai yang saya kongsikan di atas untuk hidangan makan 4 orang sekeluarga. Kalau nak makan untuk ramai ahli keluarga, boleh tambahkan jumlah petai dan udang. Kalau nak sambal udang anda berwarna merah, masukkan sedikit sos cili pada akhir proses masakan itu.

Selamat mencuba.
Resepi Sambal Tumis Udang Resepi Sambal Tumis Udang Reviewed by aynora nur on Mac 14, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.