Namun, kadangkala terdapat kedai yang menjual sayur yang dah layu. Yang itu tak payahlah beli, khasiatnya pun dah hilang.. hihi

Petua Dapur Supaya Sayur Lebih Segar Dan Enak
Caranya mudah saja. Supaya sayur lebih segar. Dan juga enak.
Semua orang pun boleh cuba.
Sayur yang direbus dalam waktu yang agak lama akan nampak layu dan kehilangan segala khasiat.
Tapi jangan risau ya puan-puan..
Untuk menjadikan sayur lebih segar dan enak, masukkan satu sudu teh minyak masak dan satu sudu teh gula ke dalam air rebusan. Masukkan sayur dan rebus sehingga setengah masak. Sayur-sayur akan kelihatan kehijauan dan segar.
Petua di atas sesuai jika anda nak masak sayur rebus, contohnya sawi rebus, bayam dan kobis. Hasilnya sayur kekal rangup bila telah separuh masak.
Selamat mencuba petua dapur di atas ya..
2 Ulasan
Teringat pasanan seorang Doktor untuk masak sayur jangan terlalu lama kerana akan kehilangan khasiat sekadar celur sahaja.
BalasPadamBetul tu.. masak sekejap je, sekadar matikan kuman je..
Padam