Ramadan Hari Ke 6 Berbuka Dengan Kari Ayam. Specialnya kari Ayam ni dimasak oleh anak bujang saya yang keesokan tu nak balik Mansoura, Egypt. Ni entry throwback je sebab sidia dah selamat sampai ke Mansoura dengan selamatnya. So, bila dia tak ada, terkenang-kenang pulak. Sepanjang 2 bulan balik haritu, semua dia yang masak. Pagi petang siang malam, kita order je apa menu, dia akan masakkan. Syukur dengan nikmat yang Allah bagi ni.





Ramdan hari ke 6 menu utamanya adalah kari ayam.


Selain kari ayam, si ayah balik kerja beli makanan berikut:
1. Sate ayam + daging + kambing
2. Ikan bakar
3. Ayam sos lemon
4. Kambing masak cili padi
5. Sup kambing
Korang tengoklah, berapa banyak lauk pauk yang terhidang tu. Nak berbukanya cuma 3 orang aje.. 😂😂



Akhirnya yang dicari tetap kari ayam pujaan hati kanda!! Kih kih... Ayahnya puji masakan si bujang, kata bau harum dan secukup rasanya. Hmm.. bila kita yang memasak tak di puji pulak.. hehe
Alhamdulillah, selamat dan selesai sudah ramadan hari ke 6 sampailah hari ke 10. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang terbaik sepanjang bulan ramadan ini.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.




0 Comments