Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pulut Panggang Kuih Kegemaranku

Pulut panggang antara kuih tradisional yang hampir dilupakan kerana cara pembuatannya yang agak leceh kut.. iyalah, kena buat serunding dia sebagai inti. Tetapi, tahukah anda Pulut Panggang Kuih Kegemaranku, yaa.. kuih tradisi yang saya sangat suka. Pulut panggang sebenarnya senang aje nak buat, kena tengok resepinya then, anda pasti boleh melakukannya.

Di tempat saya JB, pulut panggang dijual RM1.00 satu. Ada yang baik hati dapat 2 biji pada harga yang sama. Mungkin cara buat yang leceh, tu yang harganya jadi agak mahal. Tapi asalkan sedap, saya akan beli untuk minum petang atau sarapan pagi.

Pulut panggang sedap


Resepi Pulut Panggang Kuih Kegemaranku


Bahan-bahan:

200 gram beras pulut
200 ml santan
30 gram kelapa parut
2 gram serbuk jintan manis
5 gram serbuk kunyit
2 gram serbuk ketumbar
10 gram halia - kisar
1 batang serai
Daun pisang

Cara menyediakan Pulut Panggang Kuih Kegemaran


1. Kukus beras pulut bersama santan hingga masak. Ketepikan

2. Cara buat inti: Masak kelapa bersama serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serai dan halia

3. Ambil sedikit pulut dan ratakan di atas daun pisang yang telah dipotong mengikut saiz yang disukai. Kemudian masukkan inti dan bungkus kemas.

4. Panggang di atas bara atau kuali leper sehingga bahagian luar daun pisang kehitaman sedikit

Siap untuk dihidangkan.

Boleh cuba jika anda nak rasai sendiri sedapnya kuih pulut panggang kegemaran saya itu. Kalau ada lebihan serunding pun boleh buat, cuma kena cari beras pulut aje.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close