Kalau ikut petua mak mertua, nak buat jemput-jemput lembut tapi rangup, guna je air panas yang menggelegak. Kalau air suam dia tak berapa nak menjadi. Tapi tengok air tangan masing-masing jugak..

Resepi Cucur Ikan Bilis Lembut Di Dalam Rangup Di Luar
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
segenggam ikan bilis - belah 2 bila besar
sebiji kentang - potong dadu (opsyenal)
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula
garam secukupnya
1 ikat daun kucai
1 biji cili merah - potong kecil
3/4 cawan bawang besar - potong kecil
1 1/2 cwn air panas mendidih
Cara menyediakan Cucur Ikan Bilis Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

1. Satukan semua bahan diatas ke dalam bekas kemudian tuang air panas sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga rata atau hingga adunan mencapai kelikatan yang sesuai. Bancuh dengan cepat. Adunan jadi berat dan kental.
2. Panaskan minyak kemudian goreng adunan tadi menjadi beberapa bahagian. dengan menggunakan api sederhana goreng hingga kekuningan selepas tu angkat dan toskan.
3. Akhir sekali, hidangkan panas-panas bersama sos cili atau apa-apa yang anda sukai.
Nota:
0 Ulasan