Resepi Bubur Kacang Hijau Ringkas Tapi Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 27 Mac 2018

Resepi Bubur Kacang Hijau Ringkas Tapi Sedap

Resepi Bubur Kacang Hijau Ringkas Tapi Sedap. Bubur kacang hijau jadi favourite anak bujang kecil saya, lebih kurang seminggu sekali dia mesti nak bubur kacang hijau. Saya pun layankan aje, hihi.. bubur kacang hijau sedap dimakan dengan biskut tawar atau roti. Kalau kita, pecahkan biskut dan rendam dalam tu, sedap dan penuh nostalgia.. (teringat zaman sekolah dulu)

Kalau nak jimat masa merebus kacang hijau, rendam dahulu kacang tersebut sebelum dimasak. Anda akan jimat masa dan kacang hijau cepat lembut. Bila kita buat perbandingan, ternyata kaedah rendam dulu kacang hijau menyebabkan ia hanya gunakan masa 1/2 jam untuk lembut.

Jika tak rendam dulu, anda akan guna lebih dari 1 jam untuk lembutkan kacang hijau. Tak percaya? Anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya.

Jom layan resepi mudah bubur kacang hijau yang pasti sedap.

Resepi Bubur Kacang Hijau Ringkas Tapi Sedap


Resepi Bubur Kacang Hijau Ringkas Tapi Sedap
Gambar hiasan
Bahan-bahan:

1 bungkus kacang hijau - rendam dengan air 4 jam
1 kotak santan
1 inci halia - dihiris
Gula dan sedikit garam
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan sagu biji - rendam dalam air 1/2 jam
Daun pandan (jika suka)

Cara menyediakan Bubur Kacang Hijau Ringkas Tapi Sedap 


1. Kacang hijau bubuh dalam periuk, sukatan air hingga kacang terendam dan lebih kan 2 inci dari paras kacang, di rebus dalam periuk. Masukkan halia dan sedikit garam. Biarkan lembut dan mendidih.

2. Masukkan gula merah. Kacau rata.

3. Masukkan gula pasir, ikut citarasa (nak manis atau kurang manis). Masukkan daun pandan yang diikat kemas.

4. Tambahkan sagu biji yang sudah direndam tadi.

5. Akhir sekali baru masukkan santan. Kacau rata untuk dapatkan rasa yang sedap dan setara.

Siap untuk dihidangkan. Kalau suka makan bubur kacang time sejuk, simpan dalam peti ais. Baru best!!

Tapi kalau nak cicah roti gardenia.. kena makan panas-panas. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan