![]() |
Kuih koci sedap |
Alahai.. mudahnya buat kuih koci kan?😃😃😃
Kuih koci dibuat dari tepung pulut. Jadi bila dah masak, dia masih liat sikit tapi ketika menguli tu kena pandai main air. Jangan keras sangat. Sedang elok agar tak lekat kat tangan semasa masukkan inti nanti. Kita orang biasanya guna sedikit minyak masak untuk menguli agar tak melekat.
Resepi Kuih Koci Kacang Merah Lembut Dan Sedap
Bahan-bahan;
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan kacang merah/ hitam yang segera
Air untuk menguli tepung
Daun pisang yang dilayukan
Bahan Untuk intinya:
1/2 biji kelapa parut putih
1 keping gula melaka/merah
sedikit gula pasir
paste pandan/daun pandan
Cara masak inti kuih koci:
Masak gula melaka, gula pasir dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
Cara buat kuih koci kacang merah lembut dan sedap
![]() |
Gambar hiasan |
1. Gaulkan tepung pulut dan kacang merah bersama air. Uli hingga tidak melekat di jari.
2. Untuk inti kelapa, masak air gula hingga pekat dan masukkan kelapa parut.
3. Ambil adunan tepung bulatkan, kemudian leperkan dan masukkan inti kelapa.
4. Bulatkan semula atau bujurkan, letak atas daun pisang.
5. Bungkus elok-elok tau, kalau tak nanti dah masak, dia terbuka.
6. Kukus dalam 20 minit atau hingga masak.
Nota;
Kalau guna kacang merah yang mentah, rebus 50 gram Kacang Merah, kemudian blend hingga halus.
0 Comments