Resepi Kuih Getas Ringkas Dan Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 29 Mac 2018

Resepi Kuih Getas Ringkas Dan Sedap

Resepi Kuih Getas Ringkas Dan Sedap. Kuih getas ni satu lagi kuih tradisional yang dah jarang kita jumpa sekarang ni. Kalau ada pun, sesekali orang bagi tersesat entah jumpa kat warong kuih mana.. hihi

Tapi kalau dalam bulan Ramadhan mesti ada banyak.. merata-rata, dijual dibazaar ramadhan. Masa macam inilah saya selalu beli banyak-banyak dan makan sampai waktu sahur.

Resepi Kuih Getas Ringkas Dan Sedap
Gambar sumber Google

Resepi Kuih Getas Ringkas Dan Sedap


Tak pernah makan kuih getas? Kuih getas rasanya manis, liat dan bentuk nya bebas. Ada orang buat bentuk bulat, empat segi dan ada juga bentuk lonjong. Warna dia putih kekuningan. Macam warna jemput-jemput..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut
Garam dan air (satukan)

Cara menyediakan Kuih Getas Ringkas Dan Sedap 


Resepi Kuih Getas Ringkas Dan Sedap

1. Gaul semua, bancuh macam buat doh dan bentukkan, bulat dan leperkan

2. Goreng macam biasa, macam goreng jemput-jemput. Hingga kekuningan

3. Untuk sira, masukkan air dan gula dalam kuali biar sampai pekat dan agak-agak nak bertali.., baru masukkan kuih getas.

4. Kecilkan api dan bila gula kering boleh padamkan api.

Nota:

Bab sira ni kena pandai sebab memang setiap kali sira keria atau getas, gula saya memang jadi macam gambar ni, tak pernah berkeping..

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan