Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Masak Kicap Ringkas

Resepi Ayam Masak Kicap Ringkas. Saya kongsikan resepi ayam masak kicap ringkas atas permintaan sikecil. Maknanya, ayam masak kicap 'bodoh" iaitu tanpa serai, lengkuas, rempah tumis yang lain dan bahan-bahan yang susah. Hihi..

Resepi Ayam Masak Kicap Ringkas

Asalkan warna hitam, ada kuah kicapnya dan tak pedas sangat.. cukuplah untuk hero kecil saya makan hingga 2 pinggan. Begitulah cara nak menarik minat anak-anak makan nasi.

Resepi Ayam Masak Kicap Ringkas


Bahan-bahan:

6 ketul ayam sederhana saiznya - digoreng hingga masak
1 biji bawang besar - potong kasar
2 ulas bawang putih - racik halus
5 tangkai cili padi - potong serong
Sedikit kayu manis
1 inci halia - potong kasar
1/2 cawan kicap
Garam dan gula ikut citarasa

Cara menyediakan ayam masak kicap ringkas


1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan hingga naik baunya

2. Masukkan kicap. Kacau rata

3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau seketika

4. Akhir sekali, perisakan dengan garam dan gula.

Resepi Ayam Masak Kicap Ringkas

Ayam masak kicap ringkas dah pun siap dan boleh hidangkan untuk sikecil anda. Kanak-kanak akan suka masak kicap yang ringkas dan kurang pedas. Jika ibu bapa nak makan, boleh masukkan tomato yang dibelah 4 bahagian. Rasanya lebih segar dan masam manis.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close