Resepi Mee Udang Yang Sedap Dan Ringkas

Resepi Mee Udang Yang Sedap Dan Ringkas. Selamat petang kawan kawan tersayang. Masak apa hari ini? Tak ada idea nak masak? Jangan risau. #kisahresepi akan kongsikan resepi enak sedap dan ringkas untuk anda semua.

Nama resepinya mee udang. Dah biasa makan tapi tak pernah buat? Meh belajar buat sendiri ikut resepi yang dikongsikan.

Resepi Mee Udang Yang Sedap Dan Ringkas


Resepi Mee Udang Yang Sedap Dan Ringkas

Bahan-bahan:

400 gram mee kuning
200 gram udang
Air rebusan udang
2 keping tauhu goreng
4 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar dicincang
1 cawan tauge - untuk hiasan
1 cawan sawi - untuk hiasan
1 tangkai daun bawang - untuk hiasan
1 biji limau nipis
6 biji cili padi
1 sudu kecil belacan bakar
2 sudu besar pes cili
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit minyak
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa

Cara menyediakan Mee Udang Yang Sedap Dan Ringkas


1. Mula sekali, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan udang dan pes cili. Goreng seketika hingga udang bertukar warna.

3. Masukkan cili padi, belacan dan garam secukup rasa. Hancurkan ketulan belacan dan tumis bahan-bahan ini hingga pecah minyak.

4. Curahkan sos ikan, sos tomato, sos cili dan air rebusan udang. Kacau rata, biarkan hingga mereneh dan pekat.

5. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan curahkan kuah tadi. Aturkan tauhu goreng, sawi dam tauge yang telah dicelur serta limau.

6. Taburkan pula daun bawang dan hidangkan ketika panas.

Selamat mencuba. Resepi mee udang di atas boleh dipelbagaikan samada nak letak belacan atau tidak. Kalau tiada sos ikan pun tak apa. Yang penting air rebusan udang mesti ada kerana itu yang buat rasa manis mee udang itu asli.


Terima kasih kerana membaca Resepi Mee Udang Yang Sedap Dan Ringkas

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Mee Udang Yang Sedap Dan Ringkas"

Post a Comment