Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 15 Mac 2018

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah. Pernah makan siput sedut? Siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung, siput mata merah merupakan sejenis kerang-kerangan siput air tawar yang boleh di makan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. Dalam satu bakul kecil dijual pada harga RM6-RM7. Biasanya saya rajin beli di pasar pagi berdekatan tempat tinggal saya. Atau, banyak juga di jual di pasar peladang.

Nak masaknya pun mudah. Ketuk hujung ekornya untuk mudah kita makan nanti bila dah masak. Jom cuba resepi mudah saya di bawah.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah


Bahan-bahan:

1 kg siput - bersihkan dan buang hujung ekornya
15 biji cili padi - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - dititik
1 kotak santan pekat
Sedikit asam keping
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara menyediakan Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Yang Mudah


Hanya dengan dua langkah mudah, anda dah boleh dapat lauk yang sedap dan pedas menyengat. Hihi...

1. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama santan. Kacau hingga mendidih.

2. Kemudian masukkan siput yang telah dibersihkan tadi. Masak hingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan gula, jika suka. Perasakan. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan