Resepi Sup Telur Dengan Petola

Resepi Sup Telur Dengan Petola. Tak ada idea nak masak sayur apa hari ini? Saya ada cadangan untuk anda semua yang suka masak sup. Sup telur dengan petola.. mesti sedap dan segar dimakan pada musim panas. Juga bagus untuk anak anda yang sukakan sup.

Resepi Sup Telur Dengan Petola
Resepi Sup Telur Dengan Petola
Nak sedap lagi letak sedikit soohon agar menambah perisa kepada sup telur anda. Jangan terlalu banyak soohon nanti sup anda jadi sejat, tak ada kuahnya.. sebab diserap oleh soohon tadi.

Resepi Sup Telur Dengan Petola


Bahan-bahan:


1 biji petola | dihiris nipis
20 gm ikan bilis
1 biji telur
750 ml air
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
10 gm daun bawang
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
½ sudu teh kicap cair
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak sup telur dengan petola


1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.

2. Masukkan air bersama petola, ikan bilis serta telur.

3. Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan kicap cair, garam dan lada sulah secukup rasa.

5. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan hidangkan.

Selamat mencuba resepi sedap dan simple ni.

Terima kasih kerana membaca Resepi Sup Telur Dengan Petola

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Sup Telur Dengan Petola"

Post a Comment