Sup Suhun Kentang Ringkas Yang Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Ahad, 25 Mac 2018

Sup Suhun Kentang Ringkas Yang Sedap

Sup Suhun Kentang Ringkas Yang Sedap. Aneka sup yang ringkas sebenarnya dah cukup dijadikan sayur atau kuah untuk hidangan makan tengahari anda. Tak perlu mahal-mahal tapi cukup ngam dengan tekak.. apatah bila dimakan waktu cuaca panas. Rasa segar, kan?

Makan nasi panas dengan sup suhun kentang yang ringkas. Kemudian makan dengan sambal belacan atau sambal totok jawa yang sangat kaww.. memang bertambah nasi tu..

Sup Suhun Kentang Ringkas Yang Sedap
Gambar hiasan

Sup Suhun Ringkas Yang Sedap


Bahan-bahan:

1 bungkus suhun kering - direndam
1 keping fucuk tahu kering  - direndam
1 biji ubi kentang - potong 8
1 liter air
1 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang merah - dihiris
1 butir telur
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada putih


Cara penyediaan Sup Suhun Ringkas Yang Sedap


1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau

2. Masukkan air dan ubi kentang. Biarkan mendidih dan hingga ubi kentang empuk.

3. Masukkan garam dan gula secukup nya ikut citarasa

4. Masukkan suhun dan fucuk tahu yang direndam tadi

5. Didihkan seketika dan pecahkan telur.

Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Bahan-bahan di atas boleh ditambah jika memphnyai ahli keluarga yang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan