Sumber gambar : teratak rose |
Baiklah. Oleh kerana saya nak share resepi apam balik nutella, so kita simpan kat tepi kenangan dengan apam balik kacang tu ya.. jangan lupa mencuba resepi apam balik nutella yang pasti sedap dan mudah.
Resepi Apam Balik Nutella Sedap Dan Mudah Sukatan Cawan
2 cawan tepung (saya guna tepung roti blue key)
1 sudu besar serbuk koko (saya guna hersyes)
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh baking powder
1 biji telur besar
1 1/2 cawan susu
1 sudu besar mentega
Inti apam balik
Gula
Kacang tumbuk
Jagung
Nutella
Cara membuat apam balik nutella sedap dan mudah
1. Dengan menggunakan mesin pengisar, kisar telur & gula sehingga kembang
2. Masukkan soda bikarbonate, baking soda. Tambah tepung, serbuk koko, susu dan kisar lagi sehingga adunan sekata
3. Sediakan non stick pan, masuk sedikit mentega dan tuang adunan untuk saiz yang dikehendaki
4. Bila nampak buih terus masuk gula, kacang, jagung dan nutella
5. Setelah masak, lipat dua dan angkat. Sedia utk dihidangkan.

Semoga resepi apam balik nutella dalam versi sukatan cawan ni boleh memberikan anda variasi dalam menghasilkan apam balik untuk hidangan keluarga anda. Selain nutella, anda juga boleh buat apam balik perisa durian, jika suka..
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.
0 Comments