Air lemon soda ni sedap dan sesuai dihidangkan ketika ada tetamu datang berkunjung. Dahlah menyihatkan sebab ada lemon di dalamnya tetapi sedap pulak. Takut tetamu tak nak balik pada hari raya nanti.. haha

Saya kata air lemon soda adalah air paling bagus dan sesuai untuk dihidangkan pada hari raya kerana ia bertindak mencuci lemak dalam badan setelah kita telan bermacam makanan berlemak dan berminyak pada hari raya.
Resepi Air Lemon Soda Dengan Asam Boi Paling Sedap Untuk Hari Raya
Bahan-bahan:
2 biji lemon - hiris ikut suka hati
1 paket asam boi - hiris atau masukkan sebiji sebiji pun tak apa
1 botol air soda
Ais batu secukupnya
Daun pudina 2 tangkai - hiris
1 batang serai, dibersihkan - saya tak letak, terpulang citatasa
Cara menyediakan Air Lemon Soda Dengan Asam Boi Paling Sedap
2. Masukkan hirisan lemon, asam boi dan daun pudina
3. Kacau rata dan sebati
4. Masukkan ketulan ais batu secukupnya. Kalau saya masukkan separuh banyaknya sama dengan jumlah air soda
5. Sedia untuk dihidangkan kepada tetamu di hari raya.
Selamat mencuba.
0 Ulasan