Resepi Biskut Semperit Rangup Sukatan Cawan

Resepi Biskut Semperit Rangup Sukatan Cawan. Biskut semperit ni bentuknya segi empat tepat, jalur-jalur bergerigi dan rangup. Mudah patah biskut ni tau.. memang sedap. Macam-macam warna boleh buat. Kalau berbentuk bunga tu disebut biskut dahlia.

Biskut semperit adalah antara biskut raya yang biasa dibuat oleh bonda saya dulu dengan biskut bangkit santan. Itu memang kuih wajib. Bentuknya pun serupa je.. ikut zaman dulu. Bentuk bunga. Kalau biskut raya moden berbagai bentuk ada tetapi rasanya sama je.. itu yang rasa tertipu..

Resepi Biskut Semperit Rangup Sukatan Cawan


Resepi Biskut Semperit Rangup Sukatan Cawan

Bahan-bahan:

1 cawan gula halus [kurangkan sedikit jika mahu kurang manis]
1 cawan tepung custard
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung @ tepung kanji
1 cawan mentega yang dipanaskan
Telur, 1 atau 2 biji sahaja
Manik warna untuk hiasan

Cara membuat biskut semperit rangup


1. Semua dicampur, gaul sampai sebati, canai, terap ikut acuan.

2.Hias dengan manik gula atau ikut citarasa

3.Bakar hingga kekuningan, 15 hingga 20 minit, 180 darjah Celcius.

Biskut ini versi semperit rangup dan enak, mudah diadun. Jika ingin mendapat hasil yang banyak, gandakan sahaja resepi tersebut. Kalau saya tak cukup satu balang, jadi tambahkan jadi 2 cawan setiap bahan. 

Selamat mencuba resepi kegemaran ramai ini.. biskut semperit rangup sukatan cawan.

Terima kasih kerana membaca Resepi Biskut Semperit Rangup Sukatan Cawan

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Biskut Semperit Rangup Sukatan Cawan"

Post a Comment