Bajet Beli Barang Dapur Seminggu Sekali - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Isnin, 30 April 2018

Bajet Beli Barang Dapur Seminggu Sekali

Bajet Beli Barang Dapur Seminggu Sekali. Tadi kami sempat shopping barang dapur kerana stok pun dah tinggal sikit. Barang dapur maksudnya sayur, lauk pauk, buah buahan dan jus kesihatan. Tak lupa beli mee hoon, mee kuning, gula, susu, tepung dan sebagainya. Senang cerita barang yang tempatnya di dapur... hihi

Sebenarnya anda boleh tulis dulu barang yang perlu dibeli daripada terkial-kial baru nak fikir nak beli apa bila dah sampai tempat dituju. Dengan cara ini, anda lebih fokus, jimat masa dan yang paling utama JIMAT BANYAK!!

Bajet Beli Barang Dapur Seminggu Sekali


Berapa agaknya bajet anda beli barang dapur semibggu sekali? Haah... tadi kami pegi shopping kat Aeon habis dekat RM218. Apa yang dibeli pun tak tahulah. Haha..

Meh tengok gambar di bawah. Ada beli ayam jugak. Jom layan gambar..

Bajet Beli Barang Dapur Seminggu Sekali



Selain kicap dengan soa, beli juga susu manis 2 tin.





Ada juga beli ais krim dan buah-buahan. Dah namanya barang kat dapur... hihi

Amalkan beli barang dapur seminggu sekali boleh digunakan untuk barang-barang dapur tertentu seperti telur, daging, sayuran keras contohnya timun, terung dan lobak. 

Ada sesetengah barang dapur yang tak tahan lama seperti ikan dan ayam, lebih baik beli di kedai runcit biasa. So, kena bijak membeli mana yang boleh beli dalam jumlah yang banyak dan mana pula barang dapur yang kena beli sikit-sikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan