Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Sedap Hingga Tak Terkata!

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Sedap Tak Terkata. Resepi viral ni dalam FB, saya pun terjerat sama untuk share resepi ni kat blog masakan #kisahresepi. Sambil share, sambil simpan untuk rujukan peribadi bila masa free nanti boleh dicuba. Sebenarnya resepi ni sama je dengan resepi goreng ayam dengan tepung segera Kentucky tu. Cuma dalam resepi di bawah nanti, kita buat cara manual bukan instant ya..

Bagi anda yang baru kenal dengan blog #kisahresepi, terima kasih kerana singgah. Kisah resepi saya namakan sempena kegemaran saya yang suka buat stok simpan resepi. Jadi saya ambil nama nya untuk di bawa sebagai inspirasi kepada blog masakan saya ini.

Ada resepi yang saya cuba sendiri dan ada juga resepi yang saya kongsikan daripada pelbagai sumber seperti blog masakan, pinterest, majalah masakan dan rujukan kawan-kawan. Semoga blog kisahresepi menjadi salah satu sumber resepi bagi anda yang ingin mencuba resepi masakan moden atau tradisionl.💕💕💕

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Sedap Hingga Tak Terkata!


Resepi Ayam Goreng Ala KFC Sedap Hingga Tak Terkata!

💟 Resepi 1

Bahan-bahan (perapan ayam):

- 1/2 ekor ayam
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih (garam tumbuk dengan bawang putih)
- 2 sudu besar lada sulah

Bahan-bahan (tepung):

- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah
- 2 sudu besar mixed herbs
- 2 sudu besar baking powder

Cara menyediakan ayam goreng ala KFC yang power


1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam.

2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.

3. Ketika nak menggoreng, celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.

4. Goreng dalam minyak penuh lebih kurang 10 - 15 minit hingga masak.

5. Sedia dihidangkan.

(Kredit: Seismik Makan)


💟 Resepi 2


Bahan-bahan (A) untuk diperap selama sejam:
1 ekor ayam di potong mengikut kesukaan anda
8 ulas bawang putih dan tumbuk
3 sudu besar serbuk cili (kalau anda mahukan extra pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
secubit perasa yang dibenarkan atau ajinomoto
Sedikit air untuk tujuan bahan-bahan rempah di atas senang di perap dan digaul hingga sebati bersama ayam

Bahan-bahan (B) untuk salut tepung pada ayam:
3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda
1 sudu serbuk cili (mengikut citarasa anda)
1 biji telur – pukul telur secara berasingan

Cara-cara penyediaan ayam goreng KFC:


1. Anda perlu perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan-bahan (A) di atas tadi.

2. Semua bahan-bahan (B) salut tepung digaul rata hingga ramuan tepung sebati

3. Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur,

4. Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan (B) iaitu bahan salut tepung dan diletakkan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan sehingga sebati,

5. Seterusnya yang terakhir sekali adalah goreng ayam yang telah disalut dengan tepung ke dalam periuk atau kuali dan biarkan ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Masak sehingga 15 minit dan boleh dihidangkan.

Sumber ; cahayashifa

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Sedap Hingga Tak Terkata!

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Sedap Hingga Tak Terkata! Yang dikongsikan di atas sesuai untuk 4 orang sekeluarga. Kalau ahli keluarga ramai, boleh tukar kepada 1 ekor ayam, macam resepi ke 2. Dapat yang saiz besar lagi bagus, bila digoreng sebiji macam ketulan ayam KFC sebenar. Haha.. 😃😃😃

Selamat mencuba ya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close