Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Apam Tepung Beras Mekar Dan Gebu

Cara Buat Apam Tepung Beras Mekar Dan Gebu. Apam eno atau apam tepung beras amatlah popular sebagai juadah sarapan pagi di tempat saya. Mana lagi.. kat Johor la.., ada yang suka makan dengan kelapa parut dan ada yang tidak. Terpulang kepada citarasa masing-masing la yaaa...

Jom tengok resepi sarapan dengan APAM TEPUNG BERAS MEKAR pagi ni.. atau boleh juga jadikan buah tangan kepada rumah rakan yang buat kenduri tahlil.

Apam tepung beras sedap dan mekar

Resepi 1

Cara Buat Apam Tepung Beras Mekar Dan Gebu


Bahan-bahan:

200gm tepung beras
2 sudu teh baking powder
180gm gula halus
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanila
Pewarna makanan pilihan anda
Mangkuk kertas secukupnya

Cara Buat Apam Tepung Beras Mekar Dan Gebu


1. Panaskan periuk kukusan. Masukkan mangkuk kertas ke dalam acuan. Ketepikan seketika.

2. Satukan tepung dan baking powder lalu diayak bersama. Kemudian masukkan gula serta tuangkan susu cair sedikit demi sedikit. Kacau sehingga gula cair.

3. Masukkan esen vanila. Kacau hingga sebati.

4. Warnakan adunan menggunakan warna kegemaran anda.

5. Tuang adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga memenuhi 3/4 acuan.

6. Kukus selama 15 minit atau sehingga apam masak.

7. Sedia untuk dinikmati.


Sumber google


Resepi 2

Apam Tepung Beras @ Apam Eno


Bahan-bahan:

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:

1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.

2. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah malam kukus pukul 5 pagi).
3. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
4. Panaskan kukusan. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Kalau tak nak acuan comel anda lekat, letak sedikit minyak agar bentuk bawah apam eno anda lebih cantik dan kemas. 

Jom.cuba! 😄 jangan tak cuba. Bila dah jadi sekali buat, cuba lagi dalam pelbagai warna dan acuan. Saya ada sediaka  2 jenis resepi, anda boleh pilih ikut yang anda suka. Haha...

Kalau nak apam mekar dan gebu, simpan adunan semalaman dan kukus esok paginya. Dan ada yang kata, tak perlu simpan pun tak apa. Kita boleh cuba salah satu cara untuk buktikannya.. kan?

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close