Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Raya Biskut Coklat Yang Mudah

Resepi Kuih Raya Biskut Coklat Yang Mudah. Permintaan dari anak-anak, akibat suka sangat makan coklat hinggakan biskut raya pun nak disuruh buat biskut coklat. Kemudian atasnya tabur dengan coklat rice. Dahlah ibu dia ni tak pandai sangat buat kuih biskut raya, terpaksalah cuba hingga berjaya. Bukan tak pandai.. tapi tak minat.. hihi

Selain suka biskut coklat, anak saya juga sukakan kuih raya moden iaitu rainbow cookies atau biskut pelangi. Yang ini saya beli aje, tak kuasa nak membuatnya..

Jom ikuti resepi yang saya kongsikan di bawah ini dan boleh manfaatkan untuk keluarga anda.
Resepi Kuih Raya Biskut Coklat Yang Mudah
Resepi Kuih Raya Biskut Coklat Yang Mudah

Resepi Kuih Raya Biskut Coklat Yang Mudah


Bahan-bahan:

1 ketul butter
1 biji kuning telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum (kalau lembik sangat tambah lagi)
1 sudu kecil esen vanila
Coklat rice/ coklat chips untuk hiasan

Cara Buat Kuih Raya Biskut Coklat Yang Mudah


1. Kacau butter & kuning telur, saya guna senduk je
2. Kemudian, masukkan gula halus & esen vanila.. Kacau lagi
3. Kemudian msukkan serbuk koko, tepung jagung & tepung gandum sikit-sikit.. tambah kalau adunan lembik tapi jangan sampai keras sangat.., sederhana agar tak lekat kat tangan.. uli sebati
4. Tekap adunan.., sapu telur putih & tabur coklat rice / lain-lain untuk hiasan
5. Kemudian bakar suhu 160 darjah dalam 30 minit (@ ikut kepanasan oven masing-masing)

Selamat mencuba ya!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close