Cara Buat Seri Kaya Labu Yang Sedap - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 26 April 2018

Cara Buat Seri Kaya Labu Yang Sedap

Cara Buat Seri Kaya Labu. Labu dimasak lemak pun sedap, buah kuih bingka pun lagi sedap. Banyak guna buah labu ni. Macam-macam masakan boleh dihasilkan dari labu.. dari sayur sampaikan ke kuih muih. Serba guna dan banyak khasiatnya..

Info:

Buah labu berwarna oren isinya dan juga warna kulitnya. Ada juga campuran kuning hijau. Daunnya boleh dibuat sayur, begitu juga buahnya. Tekstur isinya sangat lembut dan lemak. Buah-buahan berwarna oren sangat sesuai untuk merawat rabun mata sama seperti buah betik dan lobak. Jadi, jangan abaikan khasiat buah labu yang amat berguna dalam menjaga kesihatan kita.


Resepi Seri Kaya Labu yang sedap


Bahan-bahan:

1/2 biji labu - potong ikut lengkuk
10 biji telur
3 helai daun pandan
5 keping gula melaka
1 sudu besar air kapur


Cara Buat Seri Kaya Labu Yang Sedap


1. Labu dibuang kulit dan direndam bersama air kapur sebentar

2. Panaskan kukusan terlebih dahulu, sambil itu cincang gula Melaka hingga hancur

3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan gula Melaka dan pukul hingga berbuih

4. Susun labu ke dalam loyang. Curahkan adunan telur dan letakkan daun pandan yang disimpul

5. Kukus selama 20 hingga 25 minit. Setelah masak angkat dan sejukkan

Selamat mencuba. Seri kaya ini tak guna santan kerana buah labu itu sendiri dah lemak dan sedap.


Info Seri Kaya:

Seri kaya atau juga dipanggil sekaya atau hanya kaya (Bahasa Inggeris: Coconut jam), merujuk kepada sejenis sapuan manisan yang dimakan bersama roti. Ia diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur. Seri kaya terkenal di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia dan Singapura. Perkataan kaya dalam bahasa Melayu itu sendiri membawa kepada tekstur jem yang pekat dan manis.

1 ulasan:

  1. Saya suka sangat ngan labu. nnti boleh cuba. Anyway, saya datang sini dan follow.. salam kenal :D

    BalasPadam