Cara Buat Jemput-Jemput @ Cekodok Pisang Untuk Sarapan - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Khamis, 26 April 2018

Cara Buat Jemput-Jemput @ Cekodok Pisang Untuk Sarapan

Cara Buat Jemput-Jemput Pisang Untuk Sarapan. Hari ini saya nak share cara buat cekodok atau jemput-jemput pisang yang paling sedap untuk sarapan. Kat rumah pulak ada lebihan pisang emas yang tak habis. Nampak macam dah masak sangat. Sedap ni kalau dibuat cekodok pisang. Cuaca elok saja. Cuti umum kepada rakyat Malaysia kerana hari Maulidur Rasul junjungan besar Nabi Muhammad. Berselawat jom.. maulidur rasul adalah harijadi atau hari kelahiran Nabi Muhammad. Semoga dengan banyak berselawat untuk baginda, kita bakal mendapatkan syafaatnya di hari kiamat kelak.

Berbalik kepada resepi kita hari ni, saya nak ajar cara buat cekodok pisang paling sedap.. 😃😃.. kononnya. Rasanya lemak manis dan lembut lembap je. Kemudian goreng garing sikit sampai hitam.. memang sedap. Lagi hitam lagilah saya suka..

Cara Buat Jemput-Jemput @ Cekodok Pisang Untuk Sarapan

Cuba lihat gambar di bawah. Cekodok pisang yang hitam dan rangup. Saya paling suka.. hihi

Cara Buat Jemput-Jemput @ Cekodok Pisang Untuk Sarapan

Resepi Jemput-Jemput @ Cekodok Pisang Untuk Sarapan


Bahan bahan:

7 biji pisang emas
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh baking powder
Secubit garam
Tepung gandum secukupnya

Cara Buat Cekodok Pisang Yang Sedap


1. Pisang dikupas kulit dan dilenyek hancur dengan menggunakan garfu. Masukkan gula dan garam.

2. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Jangan terlebih gandum, nanti adunan keras dan tak sedap. Masukkan sekali baking powder, jika suka.

3. Panaskan minyak dan buat adunan kecil-kecil guna sudu atau jari, dan masukkan ke dalam minyak yang telah panas.

4. Goreng dengan api yang sederhana. Balik balikkan sehingga masak rata dan bolehlah angkat dan tos atas towel paper. Sedia untuk dihidangkan bersama teh atau kopi.


Selamat mencuba resepi cekodok pisang yang sedap dan lemak manis rasanya. Cara Buat Jemput-Jemput Pisang Untuk Sarapan ni sebenarnya amatlah simple dan jadi antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan