Resepi Ayam Buttermilk Ringkas - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Jumaat, 6 April 2018

Resepi Ayam Buttermilk Ringkas

Resepi Ayam Buttermilk Ringkas. Nak try resepi yang moden sikit? Bolehlah cuba resepi ini. Chicken buttermilk atau dalam bahasanya ayam berkeju. Yang suka keju dan sejenisnya, mesti try resepi ini. Walau ada keju, ada juga daun kari di dalamnya untuk seimbangkan rasa herba dan pedas di dalamnya.

Biasa makan chicken buttermilk kat restoran sewaktu lunch dengan customer. Jadi bila dah pandai buat sendiri, tak payah pergi hotel atau restoran. Buat aje kat rumah, anak-anak dan suami boleh makan banyak kali. Betul takπŸ˜ƒπŸ˜ƒ?

Resepi Ayam Buttermilk Ringkas

Resepi Ayam Buttermilk Ringkas


Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam - potong kiub kecil
1 biji putih telur
1/2 cawan tepung Kentucky
2 sudu besar butter
1 ulas bawang putih - cincang
2 tangkai daun kari
3 biji cili padi
1/2 cawan susu cair (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

Cara-cara menyediakan buttermilk chicken ringkas


Resepi Ayam Buttermilk Ringkas
Gambar hiasan

1. Perap ayam dengan garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit. Golekkan ke dalam tepung Kentucky & goreng sehingga masak & garing.

2. Cairkan butter & tumis bawang putih, daun kari & cili padi sehingga wangi. Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.

3. Tuangkan ke atas ayam goreng & hidangkan segera dengan nasi putih. Atau boleh juga kacau kaup balik bagi rata ayam dengan buttermilk tersebut. Biar atas api dalam 3 minit then, boleh angkat dan hidangkan.

Ayam buttermilk ringkas yang dikongsikan di atas sedap dimakan ketika panas. Jika dah sejuk, macam tak berapa best pulak. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Hidangan di atas boleh dimakan untuk hidangan 2 hingga 4 orang. Kalau nak masak lebih, ubah suai bahan-bahan yang digunakan.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan