Resepi Buat Sambal Tumis Ikan Bilis Yang Sedap

Resepi Buat Sambal Tumis Ikan Bilis Yang Sedap. Sambal tumis kat sini maksudnya sambal yang dibuat dengan lada kering. Kami dah biasa sebut sambal tumis ikan bilis, so maksudnya sambal tumis ikan bilis yang biasa kita makan dengan nasi lemak, ubi rebus, lempeng kelapa dan sebagainya.

Sambal tumis ikan bilis yang sedap mestilah tidak terlalu pedas, sedap, tidak masin dan rasa manis dan pedas teradun dalam satu rasa yang tidak terkata... 😃😃😃

Saya ada baca dari satu blog yang menulis begini.. Kalau nak sambal tumis yang sedap kena lebihkan bawang besar, kisar sekali degan cili dan ikan bilis (suka hati). Air asam jawa kena agak-agak, gula kena lebih, garam secukup rasa. Tapi kalau nak campur bilis goreng, kena rasa dulu bilis itu masin ke tak. Jadi bolehlah adjust garam kat sambal. Cara saya tak guna bawang putih, belacan & perasa. Cukup dengan manisnya gula dan bilis yang dikisar.

Sambal tumis ikan bilis paling sedap

Ada juga yang buat sambal tumis ikan bilis letak BUAH KERAS. untuk rasa yang lebih sedap dan lemak. Terpulang cara masing-masing, ya dak?

Resepi Buat Sambal Tumis Ikan Bilis Yang Sedap


Bahan bahan:

1 mangkuk ikan bilis – digoreng garing
1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering – buang biji, rebus & kisar
1 biji bawang besar – hiris
1 keping asam/air asam jawa
Garam secukup rasa

3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula Melaka - ikut suka

Bahan kisar:

3 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
Secubit ikan bilis mentah
1 biji buah keras – ikut suka

Cara menyediakan sambal tumis ikan bilis paling sedap


1. Tumis bahan kisar (lada kering & bahan kisar tadi) hingga naik bau. - Ingin sambal tumis yang sedap, cili kering mestilah direbus sampai betul-betul kembang. Basuh bersih-bersih.

2. Tumis dengan minyak yang banyak dengan api dapur yang kecil. 

3. Boleh juga masa cili di kisar, tambah sedikit bilis. Bila tumisan cili dah betul-betul naik/pecah minyak, masuk air asam, gula, garam dan biar lagi merenih lama sikit. 

4. Agak-agak dah pekat, baru masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris tadi.

5. Dengan cara ini, boleh simpan sambal tumis ikan bilis lebih lama, tak basi atau berkulat. 

Yang penting buat sambal ini memang kena sabar, ambil masa yang agak lama dan kena jaga api jagan sampai hangit.

Haaa... lihat tu, jangan sampai hangit. Kalau dah hangit, satu apa pun tak berguna... hihi

Selamat mencuba.

Terima kasih kerana membaca Resepi Buat Sambal Tumis Ikan Bilis Yang Sedap

Postingan terkait:

1 Komen untuk "Resepi Buat Sambal Tumis Ikan Bilis Yang Sedap"

  1. sedapnya, terus teringin nak makan dengan nasi lemak

    ReplyDelete