Resepi Daging Masak Lada Hitam - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 18 April 2018

Resepi Daging Masak Lada Hitam

Saya amat sukakan masakan yang berasaskan lada hitam seperti daging masak lada hitam atau ayam masak black pepper. Mari kita pelajari Resepi Daging Masak Lada Hitam yang sedap dan disukai oleh ahli keluarga, pastinya.... hihi

Anak sulung saya amat sukakan daging black pepper dan bila cuti semester, akan meminta kami menyediakan lauk tersebut. Kalau malas nak masak, saya order je kat restoran. Senang dan cepat. Cuma sediakan ongkosnya je.. 

Resepi Daging Masak Lada Hitam

Resepi Daging Masak Lada Hitam 


Resepi di bawah ini saya kongsikan dari blog Amie's Little Kitchen, yang memang terkenal dengan resepinya yang sedap..

Bahan-bahan:

700 gram daging batang batang pinang - hiris lebar & nipis secara berlawanan serat supaya cepat masak
3 biji kentang - potong baji dan goreng hingga masak
1/2 biji capsicum merah - potong ikut suka
1/2 biji capsicum hijau - potong ikut suka
1/2 biji capsicum kuning - potong ikut suka
1 sudu teh biji lada hitam - tumbuk kasar
5 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 inci halia

Cara Menyediakan Daging Masak Lada Hitam

1. Campurkan daging bersama kesemua bahan kisar, lada hitam, sos lada hitam, sos tiram, kicap dan serbuk kunyit serta garam / gula / perasa pilihan. Perap selama 40 minit.
2. Panaskan minyak. Masukkan kesemua bahan perap dan gaul sebati sehingga daging layu.
3. Teruskan masak dengan api sederhana panas apabila air daging mula keluar. Masak sehingga daging empuk dan kuah mulai pekat.
4. Masukkan kentang goreng, capsicum merah, hijau dan kuning. Gau rata.
5. Tutup api dapur.
6. Daging Masak Black Pepper sedia untuk dihidangkan bersaa nasi panas.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan