Resepi Ikan Kembung Golek Dengan Santan - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 11 April 2018

Resepi Ikan Kembung Golek Dengan Santan

Resepi Ikan Kembung Golek Dengan Santan. Ikan kembung golek. Haha.. selalu makan ayam golek, kali ini saya nak buat ikan kembung golek. Ingatkan susah sangat nak buat ikan golek, rupanya mudah saja. Ada dua langkah buat ikan golek, mula bakar ikan kembung dulu kemudian barulah tuang kuah santan di atasnya. Jadilah ikan kembung golek yang sedap.

Ikan Kembung Golek Bakar Dengan Santan

Ini first time dengar ikan kembung golek. Bila dah buat, baru rasa sedapnya ikan kembung bakar. Tak payah siramkan kuah santan di atasnya pun okay jugak.. terpulang pada citarasa masing-masing.

Resepi Ikan Kembung Golek Dengan Santan


Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung
2 sudu pes cili
5 batang serai - diketuk
1 sudu kecil halba
300 ml santan pekat
1 cm belacan
Sedikit kunyit
Garam secukupnya

Bahan kisar:

16 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara masak Ikan Kembung Bakar Dengan Santan


1. Lumurkan ikan dengan sedikit kunyit dan garam

2. Letakkan ikan di atas pemanggang dan bakar di atas api yang sederhana. Setelah masak ketepikan

3. Masukkan santan bersama dengan bahan kisar serta pes cili, belacan, serai dan halba.

4. Kacau perlahan-lahan sehingga pekat.

5. Akhir sekali, curahkan kuah di atas ikan yang telah siap dibakar

Selamat mencuba. Anda boleh cuba dengan ikan lain seperti ikan selar, ikan tenggiri dan lain-lain. Kita jumpa di lain resepi ya.. ♡♡★

Tiada ulasan:

Catat Ulasan