Patin Tempoyak Belimbing Buluh

Patin Tempoyak Belimbing Buluh. Ikan patin adalah sejenis ikan sungai yang begitu tinggi harganya, jika kena ikan patin sungai yang memang asli. Yang bukan diternak punya.. yang biasa kita makan murah aje sebab ia ikan patin ternak dalam kolam..

Dari dulu saya tak tahu kenapa ikan patin begitu dicari orang. Setelah saya makan ikan patin tempoyak yang begitu sedap dan lemak, saya akur. Minyak ikan patin tinggi proteinnya. Tak boleh makan berlebihan takut mudarat kepada kesihatan. Manakala kandungan kolesterolnya tidaklah setinggi ikan lain dan ikan patin bagus diambil oleh mereka yang sedang berdiet.

Patin Tempoyak Belimbing Buluh


Patin Tempoyak Belimbing Buluh


Bahan-bahan:
600 gram ikan patin
30 gram serai - diketuk
100 gram belimbing buluh
250 gram tempoyak
25 gram santan
25 gram daun kesum
5 helai daun kaduk
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:
50 gram cili padi
30 gram kunyit hidup
50 gram bawang merah


Cara Menyediakan Patin Tempoyak Belimbing Buluh


1. Masukkan bahan kisar, serai dan sedikit air ke dalam periuk

2. Biarkan mendidih sehingga sedikit pekat

3. Masukkan ikan patin, rebus sehingga ikan masak

4. Kemudian masukkan belimbing buluh, tempoyak, santan, daun kesum, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.

Siap untuk dihidangkan patin tempoyak belimbing buluh anda kepada keluarga tersayang. Tetapi awas, sediakan lauk pauk lain sebab kanak-kanak memang tak nak makan. Siap ditanya, macam pelik aje.. hihi

Kalau tak makan ikan sungai, memang dia orang tak akan makan ikan patin masak tempoyak ni. Ikut citarasa masing-masing la kan..

Selamat mencuba ya kekawan..

Terima kasih kerana membaca Patin Tempoyak Belimbing Buluh

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Patin Tempoyak Belimbing Buluh"

Post a Comment