Resepi Kerabu Timun Sedap Dan Rangup

Saya suka kerabu. Kerabu adalah makanan ulaman yang menyihatkan tetapi dinaik taraf dengan campuran bahan asas masakan seperti cili, udang kering, belacan dan lain lagi. Kali ini saya share Resepi Kerabu Timun Sedap Dan Rangup. Resepi ini bagus dan mudah disediakan, terutama jika anda tak ada mood nak makan lauk pauk yang heavy seperti ayam dan daging.

Jom cuba resepi kerabu timun yang mudah ini.

Resepi Kerabu Timun Sedap Dan Rangup

Resepi Kerabu Timun Sedap Dan Rangup


Bahan-bahan:

1 batang timun bersaiz besar
1/2 cawan santan pekat
1 biji cili merah - dihiris
3 biji cili hijau - dihiris - dihiris
1 labu bawang besar
4 biji limau kasturi - ambil air perahannya
1 sudu teh gula
1 sudu makan udang kering - ditumbuk kasar
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
Garam secukup rasa

Cara mudah menyediakan kerabu timun sedap dan rangup


Resepi Kerabu Timun Sedap Dan Rangup

1. Timun dibelah dua dan dihiris nipis

2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk

3. Gaul sebati

4. Sedia dihidangkan

Kan.. simple je cara buat kerabu timun ni. Main campak-campak aje, dah siap. Boleh dimakan sebagai ulam atau makan gitu je seperti pencuci mulut.

Selamat mencuba.

Terima kasih kerana membaca Resepi Kerabu Timun Sedap Dan Rangup

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kerabu Timun Sedap Dan Rangup"

Post a Comment