Resepi Mee Kari Nyonya Yang Sedap Dan Simple - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Jumaat, 27 April 2018

Resepi Mee Kari Nyonya Yang Sedap Dan Simple

Resepi Mee Kari Nyonya Yang Sedap Dan Simple. Hari ini ada pameran hartanah dan saya pun terlibat. Saya sekadar memenuhi aktiviti jual rumah sambil bertemu rakan-rakan dalam line yang sama iaitu developer. Bekerja jual rumah, senang cerita. Hihi.. bab yang paling saya suka tentulah waktu makan tengahari atau lunch yang akan dibelanja oleh rakan-rakan.

Tengahari ni saya memilih menu mee kari nyonya. Nak rasa jugak mee kari ala peranakan ni. Selalu tengok dalam TV je bila ada chef memasak.

Resepi Mee Kari Nyonya Yang Sedap Dan Simple
Mee kari nyonya yang simple
Nampak macam tak ada apa-apa
Tapi rasa kuahnya unik..

Air neslo


Resepi Mee Kari Nyonya Yang Sedap Dan Simple


Bahan-bahan

4 biji buah keras (ditumbuk)
8 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 ibu jari belacan (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 cawan rempah kari ayam dan daging Baba’s
2 senduk cili kering yang telah dimesin
2 tangkai daun kari
1/2 ekor ayam diambil bahagian isinya
1 kilo kerang (direbus)
2 paket fish ball dipotong 2
2 genggam taugeh (dicelur)
satu ikat kacang panjang (dicelur)
1 ikat sayur sawi (dicelur)
2 paket taupok (tauhu kering)
2 biji santan
3 batang serai diketuk
1 tangkai bunga kantan
2 bungkus mee kuning
bawang goreng garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA BUAT MEE KARI NYONYA YANG SEDAP


1. Rebus ayam sehingga empuk dan ketepikan.

2. Tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. Kemudian, dalam periuk berasingan, tumis hingga wangi dan masukkan cili kering mesin. Kacau lagi sampai agak garing dan timbul minyak.

3. Masukkan rempah yang telah digaulkan dengan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) daun kari, serai dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste. (Asingkan sedikit paste ini untuk dimakan bersam mee kari)

4. Masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga kuah menggelegak

5. Masukkan taupok, fish ball dan bunga kantan

6. Setelah itu masukkan pati santan dan perasakan kuah. Kacau sekali sekala dan bolehlah ditutup

7. Carikkan isi ayam

8. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan taburkan condiments seperti isi kerang rebus, sayur sawi, taugeh, kacang panjang yang telah dicelur

9. Tuangkan kuah dan taburkan bawang goreng sebelum di makan. Boleh letakkan hirisan cili jeruk dan limau nipis jika suka Sedia dinikmati!

Selamat mencuba mee kari nyonya yang sedap di atas. Jika ada bahan-bahan yang anda tak nak letak pun boleh adjust, simple je pun okay. Sedap dah. .. ada ayam, kuah kari dengan bahan-bahan asas. Yummy!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan