Waktu Makan Terbaik Untuk Kekal Sihat

Waktu Makan Terbaik Untuk Kekal Sihat. Dah selalu share resepi sampai buat orang jemu, kali ini kita nak share sikit tips sihat iaitu waktu makan terbaik untuk kekal sihat. Dalam banyak-banyak resepi yang dikongsikan, pasti ada masanya yang sesuai untuk kita makan dan memasak. Kalau boleh sesuaikan waktu memasak agar kita boleh makan pada waktu terbaik untuk kekal sihat.

Waktu makan yang paling penting dan mesti diambil adalah pada waktu pagi sebelum kita memulakan kerja. Jika perut kosong dan lapar pada waktu pagi, otak akan menghantar isyarat yang lemah kepada tubuh. Secara tak langsung tenaga yang keluar dari tubuh amat tidak konsisten dan mudah rasa mengantuk. Jadi, ambillah sarapan yang sesuai sebagai tenaga asas kita sebelum memulakan tugas harian.

Semoga segala usaha kita mencari rezeki yang halal diredhai Allah.

Waktu Makan Terbaik Untuk Kekal Sihat


Waktu terbaik untuk makan adalah seperti berikut yang dinyatakan di bawah. Waktu makan ini merangkumi waktu sarapan, makan tengahari, dan juga waktu makan malam.

Waktu Makan Terbaik Untuk Kekal Sihat

Waktu Sarapan:

Waktu terbaik : 7 pagi hingga 8 pagi
Paling lewat : 10 pagi
Nota: Sarapan adalah paling penting dan mesti diambil sebagai tenaga penting kepada otak dan tubuh kita sebelum memulakan tugas setiap hari. Orang kata, sarapan adalah energy booster kepada tubuh.

Waktu makan tengahari:

Waktu terbaik : 12 tengahari hingga 2 petang
Paling lewat: 3 petang
Nota: Makan tengahari yang ideal adalah 4 jam selepas sarapan. Ia bagus untuk mengawal ketahanan glukos darah dan rasa lapar diurus secara tetatur. Waktu lapar tidak terlalu panjang, jadi kita boleh makan dengan santai. Tak perlu tergesa-gesa.

Waktu makan malam:

Waktu terbaik : 6 petang hingga 8 malam
Paling lewat: 9 malam
Nota: Makan malam paling lewat 2 jam sebelum tidur dapat memberikan tidur yang nyenyak dan kalori digunakan sepenuhnya. Kita akan bangun keesokan paginya dengan tubuh yang segar.

Semoga jadual dan sedikit penerangan waktu makan terbaik di atas dapat memberikan sedikit info kepada kita dalam mengatur waktu makan yang sesuai dengan kerja kita.

Terima kasih kerana membaca Waktu Makan Terbaik Untuk Kekal Sihat

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Waktu Makan Terbaik Untuk Kekal Sihat"

Post a Comment