Ayam goreng serai salah satu menu yang sihat, rasa ayamnya segar dan harum. Anda boleh cuba resepi di bawah yang saya kongsikan.
![]() |
Resepi Ayam Goreng Serai yang sedap dan ringkas |
Resepi Ayam Goreng Serai
Bahan-bahan:
- 10 bahagian ayam ikut citarasa (peha/ kepak/ dada)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 cm halia (ditumbuk)
- 4 biji bawang merah (ditumbuk)
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar perahan air limau nipis
- 5 batang serai (dititik)
- minyak
- garam secukupnya
- 1 tangkai daun kari
Cara-cara menyediakan Ayam Goreng Serai
2. Gaulkan bahan yang ditumbuk, serai yang dititik, air perahan limau nipis serta garam bersama ayam dan perapkan selama 1 jam.
3. Taburkan tepung beras ke atas ayam yang telah diperap.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga masak.
5. Taburkan daun kari dan kacau.
6. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba resepi sedap tetapi mudah di atas. Kalau nak lebih sedap, ambil bahagian peha dan kepak sahaja, ayam lebih rangup kerana kandungan isinya yang nipis..
0 Ulasan