Resepi Ayam Masak Halia - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Rabu, 30 Mei 2018

Resepi Ayam Masak Halia

Resepi Ayam Masak Halia. Ayam masak halia adalah resepi yang dikongsikan kali ni. Ramai dah mencuba resepi ini dan saya antara orang yang sukakan ayam masak halia ni. Cara memasak pun mudah. Kemudian ada dicampurkan dengan lada sulah. Hmm.. macam menu orang dalam pantang, kan?

Cuma dalam resepi ni, ayam tu digoreng sekejap bagi masak. Jangan goreng terlalu garing. Nanti perasa bahan seperti halia susah nak resap dalam ayam tersebut.

Resepi Ayam Masak Halia

Resepi Ayam Masak Halia


Bahan-bahan:

- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak Ayam halia yang sedap


1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.

3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Angkat dan tabur dengan daun bawang dan hidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba resepi yang dikongsikan iaitu ayam goreng masak halia yang sedap. Resepi yang menyihatkan. Halia pun bagus untuk buang angin dalam badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan