Resepi Tomyam Campur Ala Thai Yang Mudah - Kisah Resepi : Koleksi Resepi Terbaik

Selasa, 29 Mei 2018

Resepi Tomyam Campur Ala Thai Yang Mudah

Resepi Tom Yam Thai Yang Mudah. Dalam bulan puasa ni, masak yang mudah-mudah je. Jimat masa dan tenaga. Kalau nak makan yang remeh temeh sikit, kami akan beli saja di bazaar ramadan.

Hari ni saya akan share resepi ringkas masak tomyam ala Thai yang semua orang boleh buat. Barang-barang memasak pun semua ada kat rumah. Tak perlu mahal-mahal pun. Cuma, nak kena beli pes tomyam tu je, hihi
Resepi Tomyam Campur Ala Thai Yang Mudah
Gambar tomyam seafood atau campur

Resepi Tom Yam Thai Yang Mudah


Bahan-bahan:

- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing-masing
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang (pilih yang anda suka- potong kecil)
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak tomyam Thai yang mudah


1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi), untuk tambah rasa masam pada pes tomyam

2. Masukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.

3. Masukkan pula lobak merah.

4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.

5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.

6. Kemudian masukkan lebihan tomato (potong 6 bahahian), cendawan dan daun limau purut.

7. Siap untuk dihidang

Resepi Tomyam Campur Ala Thai Yang Mudah

Dah siap pun tom yam ala Thai yang ringkas. Nak makan dengan nasi pun boleh. Nak makan dengan mee hoon atau kue tiaw pun boleh. Tak ada hal.. mix and match kan je..

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan