Di bawah nanti adalah resepi yang saya nak kongsikan dengan pembaca semua. Resepi sup ekor ala Thai yang sangat simple. Ada sesetengah orang tak makan sup ekor. Dan, ada yang kata sup ekor hanya untuk lelaki. Tapi saya makan je.. sedap pulak tu..
RESEPI SUP EKOR ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
500gm ekor lembu
1 biji bwg besar – dipotong 4
1 inci halia
4 ulas bwg putih
½ biji bwg besar - dipotong 4
1 biji tomato – dipotong 4
3 batang serai
Sedikit daun limau purut
Sedikit cili api
2 sudu besar sos nampla
Sedikit asam limau nipis
Sedikit daun ketumbar
Cara-Cara Masak Sup Ekor Ala Thai Yang Simplè

1) Rebus ekor lembu bersama 1 biji bawang besar + halia selama 4 jam atau lebih (sehingga lembut)
2) Tumis bawang putih (api besar macam kat kedai tu, tapi jangan sampai hangit ye).. pastu masukkan cili api, bawang besar, serai, tomato, daun limau purut.., kacau seketika
3) Masukkan rebusan ekor, sos nampla, dan perasakan dengan garam
4) Perahkan asam limau + taburkan daun ketumbar semasa menghidang.
Selamat mencuba.
0 Comments