Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Biskut Mazola Rangup Dan Sedap

Resepi biskut mazola rangup - Biskut mazola memang sedap dimakan. Tak jemu-jemu menghadapnya walaupun ada juga kuih tat gulung dan kerepek pisang di depan mata. Setiap tahun kami buat biskut mazola peanut butter yang rangup walaupun kosnya agak mahal. Ya lah, peanut butter itu kan boleh tahan harganya. Kemudian dengan minyak jagung/mazola lagi, memang agak tinggi kos untuk menyediakan sebalang biskut peanut butter.

Biskut mazola peanut butter memang tak jemu dimakan. Bila ngadap TV boleh habis satu balang. So, kalau anda suka makan biskut mazola, kenalah buat sendiri untuk raya nanti. Boleh makan puas-puas. Resepi ada di bawah..

Resepi Biskut Mazola Rangup Dan Sedap
Biskut mazola peanut butter sumber Google

Harum biskut mazola peanut butter bila baru diangkat dari oven.. tak boleh nak cakap. Speechless, sebab tu kita orang kalau nak buat biskut ini buat selepas sahur. Atau pada waktu malam, terus boleh ngap!

Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup 


  • 1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak & diblend. Ada sesetengah orang tumbuk kasar sahaja kacang tanah agar naik rasanya.  
  • 1 mangkuk tepung gandum
  • 3/5 mangkuk gula halus
  • 1/2 cawan peanut butter
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Minyak jagung secukupnya

Bahan-bahan Untuk Hiasan
  • kuning telur secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • Kacang tanah bergaram secukupnya 

Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup


Resepi Biskut Mazola Rangup Dan Sedap
Sumber google

1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula, peanut butter, baking soda dan kacang kisar.

2. Tuangkan minyak mazola/jagung/canola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.

3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yang telah di lengser dengan mentega.

4. Sapukan atasnya dengan kuning telur Dan hiaskan dengan kacang tanah yang dibuang kulitnya.

5. Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 10- 15 minit sehingga perang.

Siap dah biskut mazola kita. Yang sentiasa menjadi pilihan utama bila bertandang ke rumah orang bila beraya. Tak ada kuih lain pun tak apa.. haha..

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close